1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita
(isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim).
2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi
kaum lelaki, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan
tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
(Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
3) Dikawini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana
keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat
beragama nescaya kamu beruntung.
4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara
kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia
kehendaki.
(Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani,
Anas bin Malik).
5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk
suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur
baginya.
(Riwayat Tarmizi)
6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima
sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya
(meminta maaf).
(Riwayat dari Hassan).
7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair,
malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia
masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang
berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya
kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka
Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun)
kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan
syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.
10)Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan
janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan
dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati
kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah
baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian
Siratul-mustaqim.
11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku dapat
dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70
tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.
12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah
para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan
dan menghapus baginya seribu kejahatan.
13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya
pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti
keadaan ibunya melahirkannya.
Hayatilah wahai muslimah…semoga kita dapat memelihara diri kita dari godaan duniawi,,,dan hiasi diri dengan iman dan taqwa serta akhlak islam yg telah memartabatkan wanita setelah kedatangan Rasulullah SAW….wallahu taa’la a’la waa’lam.
(Dari FB Kyai dan Ustadz = http://www.facebook.com/pages/ MAJELIS-TAUSIAH-PARA-KYAI-USTAD Z-INDONESIA/203914683789 )